Tuesday 7 February 2012

Pagi2 ni tetiba teringat memori aku berkenalan dgn hubby..Kami kawan chat asalnya..Time tu lepas SPM..Tengah tunggu result..Server webnet #sheilaon7...Time ni mmg aktif sgt2 chat..xde keje nak buat....sampai result keluar..Then aku naik form 6 dekat SSI.. Time tu still kawan chat lagi dengan hubby..tak le nak kata baik sgt..Kenal macam tu je la...Ye la, die pun time tu sibuk study kat Kuittho (skrg dah jd UTHM)..Sampai la kitorg baik, dan berjumpa tahun 2002..umur time tu baru 18thn...2bulan lepas tu raya..Dgn beraninya cik hubby dtg mengahadap mama and abah..tapi bukan sorg2..die angkut skali mak ayah die... Mama apa lagi masa kat dapur..Terus cuit aku cakap"die dtg merisik ko ke" dan selamba aku jawab "entah"..Ye arr, time tu sgt muda n baru kawan..tp next year...aku pun tunang..time tu aku dah tak belajar kat form 6...aku belajar kat kolej kejururawatan melaka...19thn time tu umur aku, dah bertunang dgn cik hubby..tapi, memang tabik spring la...Hubby memang berani!

Hubby,
Terima kasih sudi terima ayang yang tak seberapa ini..Terima kasih sebab menerima kekurangan diri ini...Ayang akan terus syg abg sampai bila2...Isyaallah, moga Allah akan makbulkan semua doa2 kita...Amin..For you, i dedicate this lovely song...

http://www.youtube.com/watch?v=PZn3v1N9qLg&feature=related

Thursday 26 January 2012

Hari ini dan semalam

Bunyi macam lagu je...Sebenarnya nak cerita tentang hari ini dan semalam....Semalam masih lagi ada yang bercuti Tahun Baru Cina.Tapi aku sebagai pekerja yg memang bidang yang tiap-tiap hari mesti kena kerja kenalah kerja...Takpelah, dah tu bidang yang dipilih...Semoga Allah permudahkan le semuanya...Yang pasti, semalam dan hari ini tak de bezanya sebab sentiasa ada yang sakit..Dan selalu ingatlah, sakit itu sebahagian dr penghapus dosa..Tapi kisah hari ini mengenai penyakit yang di panggil Ovarian Cyst..Terpanggil utk cerita pasal ini sebab sekarang ni, muda2 pun ada yang dapat..Ape itu Ovarian Cyst?Ni aku ambil dari beberapa web medical dan buku aku yang agak buruk kat rak buku...


Ovarian Cyst (Sista Ovari )


Sista ovari adalah kantung kecil yang berisi cecair yang berkembang dalam ovari wanitaKebanyakan sista tidak berbahaya, tetapi ada yang boleh menyebabkanmasalah seperti pecah, pendarahan atau sakit; dan pembedahan mungkin diperlukan untuk membuang sista . Adalah penting untuk memahami fungsi ovaridan bagaimana sista ini boleh membentuk.


Wanita biasanya mempunyai dua ovari yang menyimpan dan pelepasan telur.Setiap satu ovari terletak di sebelah setiap rahim.Satu ovari menghasilkan telur setiap bulan, dan proses ini bermula kitaran haid bulanan wanita. Telur yang terperangkap dalam kantung yang dikenali sebagai folikel. Telur tumbuh di dalam ovari sehingga estrogen (hormon) memberi isyarat rahim untuk menyediakan dirinya untuk telur.Seterusnya, lapisan uterus kental dan bersedia untuk implantasi telur disenyawakan semasa kehamilan. Kitaran ini berlaku setiap bulan dan biasanya berakhir apabila telur tidak disenyawakan. Semua kandungan rahim kemudiannya diusir jika telur tidak disenyawakan. Ini dipanggil tempoh haid.


Sista ovari memberi kesan kepada wanita semua peringkat umur. Majoriti sista ovari
dianggap berfungsi (atau fisiologi). Ini bermakna ia berlaku seperti biasa dan bukansebahagian daripada proses penyakit. Kebanyakan sista ovari adalah benigna, bermakna mereka tidak kanser, dan ramai yang hilang dengan sendirinya dalam masa beberapa minggu tanpa rawatan. Walaupun sista boleh didapati dalam kanser ovari, sista ovari biasanya merupakan keadaan yang tidak berbahaya (benign) atau satu proses yang normal. Sista ovari berlaku paling kerap pada tahun-tahun seorang wanita yang melahirkan anak.


Jenis2 Ovarian Cyst.



  • Sista folikel: ini jenis sista mudah boleh terbentuk apabila ovulasi tidak berlaku atau apabila involutes folikel matang (runtuh ke atas dirinya). Sista folikel biasanya terbentuk pada masa ovulasi dan boleh berkembang kepada kira-kira 2.3 incidiameter. Jika pecah  sista ini pesakit akan berasa sakit yang tajam dan teruk di sebelah ovari yang sista muncul. Sakit yang tajam (kadang-kadang dipanggilmittelschmerz) berlaku di tengah-tengah kitaran haid, semasa ovulasi. Kira-kira satu perempat wanita mengalami kesakitan ini. Biasanya, sista ini  tidak menunjukkan sebarang gejala dan hilang dengan sendiri dalam masa beberapa bulan.
  • Corpus luteum sista: jenis sista ovari  ini berlaku selepas telur telah dilepaskan daripada folikel. Selepas ia berlaku, folikel  dikenali sebagai luteum corpus. Jika kehamilan tidak berlaku, luteum corpus biasanya rosakdan hilang. . Biasanya, sista ini didapati hanya satu sisi dan menghasilkan tidak menunjukkan sebarang gejala.
  • Sista berdarah: jenis sista ini berlaku apabila berlaku pendarahan di dalam sista. Gejala-gejala seperti sakit perut di sebelah badan boleh hadir dengan jenis ini sista.
  • Sista Dermoid: Ini adalah sejenis tumor benign yang kadang-kadang dirujuk sebagai teratoma fibrosis matang. Ia adalah sista yang tidak normal yang biasanya berlaku pada wanita muda dan boleh berkembang hingga 6 inci diameter. Sista dermoid boleh mengandungi lain-lain jenis ketumbuhan tisu badan seperti tulanglemak dan kadang-kadang, rambut dan tulang rawan. Sista ini juga boleh mengalami keradangan dan berpintal dan akhirnya menjejaskan bekalan darah kebahagian tersebut dan pesakit akan mengalami sakit
  • Endometriomas atau sista endometrioidBahagian keadaan yang dikenali sebagai endometriosis, jenis sista ini terbentuk apabila tisu endometrium (tisu lapisan uterus)hadir pada ovari. Ia memberi kesan kepada wanita semasa tahun-tahun reproduktif dan boleh menyebabkan kesakitan kronik pelvik yang berkaitan dengan haid. Wanita dengan endometriosis mungkin mempunyai masalah dengan kesuburan. Sista endometrioid, sering dipenuhi dengan darah yang gelap, berwarna perang kemerahan.
  • Polycystic ovariPolycystic ovari adalah didiagnosis berdasarkan saiz pembesaran -biasanya dua kali ganda daripada biasa - dengan sista kecil yang hadir di sekelilingluar ovariKeadaan ini boleh didapati di kalangan wanita yang sihat dan wanitadengan gangguan (endokrin) hormonUltrabunyi digunakan untuk melihat ovaridalam mendiagnosis keadaan ini. Polycystic ovari adalah berbeza dari sindrom ovari polisistik (PCOS),. Sindrom ovari polikistik melibatkan risiko metabolik dan kardiovaskular yang dikaitkan dengan rintangan insulin. Risiko-risiko ini termasuk peningkatan toleransi glukosa, diabetes jenis 2, dan tekanan darah tinggi. Sindrom ovari polikistik dikaitkan dengan kemandulan, pendarahan yang tidak normal, peningkatan kejadian keguguran, dan komplikasi yang berkaitan dengan kehamilan. Sindrom ovari polikistik adalah sangat biasa dan dipercayai berlaku dalam 4% hingga 7% wanita usia reproduktif dan dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser endometrium.
  • Cystadenoma: cystadenoma adalah jenis tumor benign yang terbentuk daripada tisu ovariMereka boleh diisi dengan bahan-jenis cecair mukus. Cystadenomasboleh menjadi sangat besar dan boleh mengukur 12 inci atau lebih diameter.
Faktor Penyebab

  • Sejarah sista ovari yang lalu
  • Kitaran haid yang tidak teratur
  • Peningkatan badan atas lemak rata
  • Awal haid (11 tahun atau lebih muda)
  • Kemandulan
  • Hipotiroidisme atau ketidakseimbangan hormon
  • Tamoxifen (Soltamox) terapi bagi kanser payudara
Tanda2
  • Kesakitan di bahagian abdomen atau pelvik
  • Haid tidak teratur
  • Rasa tekanan pada abdomen atau pelvis atau rasa kenyang
  • Sakit pelvis semasa tempoh haid jangka panjang yang juga boleh dirasai dibelakang 
  • Sakit pelvis selepas senaman berat atau hubungan seks
  • Rasa sakit atau tekanan semasa membuang air kecil atau pergerakan usus
  • Loya dan muntah
  • Kesakitan atau pendarahan faraj 
  • Kemandulan
Di atas video tentang pembedahan membuang ovarian dermoid cyst..

Saturday 21 January 2012

Terima Kasih Hubby

Hari ni kena bekerja 2 shift disebabkan ada staff terpaksa ke Putrajaya last minute..So, satu hari ini hubby jaga Irfan..Bila balik, Irfan dah mengantuk nak tido..So, tidokan Irfan dulu baru mandi..Rindu pulak bila satu hari tak tengok muka Irfan..Pergi dia tidur, balik die nak tidur...Sorry sayang, esok kite jalan2 dengan papa ye...Kisah hari ini? Saya dapat kes cord prolapse saat waktu kecederaan iaitu waktu bertukar shift dan bilik pembedahan kes kecemasan sedang berjalan...Agak melompat jugak la bile dengar cord prolapse..Tu melibatkan 2 nyawa..Baby dan ibu...Berlari ke bilik pembedahan sebelah menyediakan apa yang patut..Sempat memanggil staff extra untuk ready..Alhamdulillah semua selamat...Itu yang selalu saya harapkan...So, hari ini saya nak share tentang cord prolapse yang saya ambil dari web2 yang ada...

Cord Prolapse ( Prolaps Tali Pusat)

Nisbah
1:300 kelahiran

Berisiko tinggi pada

1.Hydramnios
2.Kelahiran Breech (Songsang)
3.Kelahiran Bayi Pramatang
4.Kelahiran bayi kedua (kandungan kembar)
5.Juga berlaku jika air mentuban pecah sebelum kepala " engage"


Tanda


1.Tali pusat keluar dari vagina (melalui rasa atau lihat sendiri)
2.Bayi distress (akibat penekanan pada tali pusat)



Thursday 19 January 2012

Menghargai Masa Yang Ada

2 hari lepas surat permohonan sambung belajar hubby telah di terima..Tarikh daftar, 14hb Feb 12 ni...Tapi hubby cakap dia mintak extend sampai bulan 9..So, aku ade lebih kurang 8 bulan untuk spend time puas2 dengan hubby sebelum die pergi..Memang la tak jauh..Tapi bile dah belajar, masa pun kurang kan..Dan aku pulak kena mula lebih berdikari lagi..Bukan tak pernah berjauhan sebelum ni..Tapi dulu di temani mama dengan abah..Sekarang sendirian dengan budak comel Irfan yang mula nak belajar macam2..Tu satu pengorbanan yang besar..Harap cik hubby hargainya...So sekarang, aku nak plan beberapa percutian..Paling dekat bulan 2 nak ke medan..Insyaallah next aku nak plan..Tapi tengah fikir...Mungkin kembali ke tempat yg mengembalikan kisah2 lama..Yang suka dan duka...Semoga Allah permudahkan semuanya..Amin...

Kisah Hari Ini..

Now days ramai sgt ibu single parent...Yang tak sgp belasan tahun lagi...Bile tengok baby yg dilahirkan rasa sayu hati..Apa nasib anak ini...Baikkah?Burukkah?Ada yang kata 7 keturunan akan begitu..Tapi pada aku, setiap anak yang dilahirkan suci..Ibarat kain putih dan kita sebagai ibubapa yg mencorakkannya..Kalo cantik coraknya, cantiklah ia...Insyaallah..Dan aku hanya mampu berdoa akan anak ini akan sentiasa berada dilandasan yang betul..Kita sebagai hamba Allah yg punya akal, jgnlah buang anak ni..Ingat!Jangan hanya mengata tu ini...Cubalah buat sesuatu..Insyaallah kita akan dpt keberkatannya...Siapa tahu, kerana perbuatan yg baik kita lakukan itu, ia dpt selamatkan kite diakhirat kelak...Wallahualam...Hanya ALLAH yang tahu.....

Tuesday 17 January 2012

Permulaan..

Bismillahhirrahmannirrahim....

Alhamdulillah, akhirnye terbukak jugak hati nak menulis di dalam blog pula...Dulu minat juga menulis, tapi cerpen .. Agak lama jugak lar..Time tu zaman sekolah di SIGS JB..it's mean dah lebih dari 12 tahun yg lalu.. Cuba untuk menulis dan mencoret ape2 saja, tapi sekerat jalan..Mungkin dah banyak sangat gas SEVOFLURANE dah masuk otak sebab beberapa kali operation dulu..Tapi memang betul lar, lepas beberapa kali operation tu, memang banyak pelupa...Kali ni aku nak coretkan macam2 kat sini sebagai teman kebosanan aku sebab tak lama lagi my hubby nak futher study..Tatkala sendiri, biasa macam2 boleh tertulis...Dan semoga blog ni bole jadi teman untuk hubby bile kite dah jauh...Ye lar, semalam die bertanya, macam mana nak bercinta balik macam dulu..Dulu? Nak chatting semula ke? Macam tak releven untuk sekarang yg dah zaman facebook dan twitter..So, aku amik keputusan, dalam ni boleh kot...Melahirkan rase dgn mcm2 coretan utk dia..Dan untuk semua............